‘Kampung Boy’, fiksyen autobiografi Datuk Lat diangkat ke pentas JKKN Perak

IPOH – Pementasan Karya Teater Seniman Negara, Datuk Lat – Kampung Boy menggunakan pendekatan fiksyen autobiografi bagi menyingkap dunia memori dan imaginasi Datuk Mohammad Nor Mohd Khalid (Datuk Lat) seorang kartunis tersohor tanah air, dengan lapisan antara realiti, kenangan dan dunia fiksyen yang dihidupkan semula di atas pentas.

Pengarah teater berkenaan, Ridhwan Saidi berkata, beliau berpegang pada karya asal yang telah ditulis, namun cuba menambah lapisan baharu di atas pentas bagi memperkukuh dimensi penceritaan naskhah Kampung Boy menerusi skrip yang ditulis oleh Saad Omar.

“Saya berpegang pada apa yang sudah tertulis itu tapi saya cuba lapiskan di atas pentas dan dalam teater Kampung Boy tulisan Saad yang saya perasan strukturnya bagi saya adalah ‘memory play’.

‘Kampung Boy’, fiksyen autobiografi Datuk Lat diangkat ke pentas JKKN Perak
Pelawak tanah air, Ilya Senario (tengah) membawa watak Ayat Lat pada protonton pementasan Teater Seniman Negara Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat) ‘Kampung Boy’ di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 NOVEMBER 2025.

“’Memory play’ ini dalam erti kata ada satu protagonis (watak utama), yang mengenangkan sesuatu dan dunia memorinya dikenal.

“Tapi dalam cerita ini, sebab Datuk Lat seorang artis, jadi saya membuat lapisan sebelum protagonis ni mengenang memorinya, dia ada melalui lapisan fiksyen.

“Memandangkan Kampung Boy ini kita anggap sebagai fiksyen autobiografi, jadi ia bermain-main di antara memori dan fiksyen serta dalam masa yang sama ia juga adalah komposit di antara Kampung Boy yang dihasilkan oleh Datuk Lat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai sesi pratonton pementasan Karya Teater Seniman Negara, Datuk Lat- Kampung Boy di Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Perak, di sini malam tadi.

‘Kampung Boy’, fiksyen autobiografi Datuk Lat diangkat ke pentas JKKN Perak
Pengarah Teater Kampung Boy, Ridhwan Saidi ketika menjawab pertanyaan media pada protonton pementasan Teater Seniman Negara Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat) ‘Kampung Boy’ di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 NOVEMBER 2025.

Dalam pada itu, Ridhwan berkata, beliau menghasilkan karya tersebut dengan merujuk kepada komik Kampung Boy yang dikeluarkan pada tahun 1979 serta mengetengahkan watak Lat kecil dan Lat dewasa yang menginterpretasi siapa itu Lat.

Karya ini mengetengahkan kisah kehidupan Datuk Lat sendiri sebagai seorang budak lelaki iaitu Lat yang merupakan anak sulung dalam keluarga dan gemar bermain di hutan, dusun, dan lombong timah bersama dengan kawan-kawannya.

Sewaktu berusia sembilan tahun, Lat membantu menambah pendapatan keluarganya dengan memanfaatkan kemahiran melukis dengan menjual komik kepada rakan-rakannya.

‘Kampung Boy’, fiksyen autobiografi Datuk Lat diangkat ke pentas JKKN Perak
Seniman Negara, Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat) (tengah) ketika sesi bergambar bersama para pelakon dan produksi pementasan Teater Seniman Negara Datuk Lat ‘Kampung Boy’ di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 NOVEMBER 2025.

Sepertimana penceritaan Kampung Boy, teater ini diterjemahkan di atas pentas dengan lakonan realisme.

Antara barisan pelakon yang menjayakan teater ini termasuklah antaranya Safura Ya’cob, Ilya Senario dan Taiyuddin Bakar yang memegang watak utama sebagai Lat dewasa serta Hadi Mikail sebagai Lat kecil.

Pementasan teater ini akan diadakan dari 14 hingga 16 November ini bermula jam 8.30 malam di Auditorium Kompleks JKKN Perak.

‘Kampung Boy’, fiksyen autobiografi Datuk Lat diangkat ke pentas JKKN Perak
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Hisham Mat Husein ketika menjawab pertanyaan media pada protonton pementasan Teater Seniman Negara Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat) ‘Kampung Boy’ di Auditorium JKKN Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 NOVEMBER 2025.

Sementara itu, Pengarah JKKN Perak, Hisham Mat Husien berkata, pementasan teater ini adalah gabungan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui JKKN Perak bersama Pertubuhan Seni Kayangan Perak (PESKAP)

Menurutnya, pementasan ini adalah sebuah penghormatan kepada Datuk Lat yang merupakan Penerima Anugerah Seniman Negara ke-9, Seniman Diraja dan anak jati kelahiran Kota Bharu, Gopeng.

“Karya Teater Seniman Negara, Datuk Lat – Kampung Boy turut mendapat nilai berprestij tertinggi apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan dan dijadualkan akan berangkat menyaksikan pementasan teater itu pada 15 November ini,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pementasan Teater Kampung Boy

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI