PCAA@KKCP raih 3 ‘Best of Class’ di Bali Salon Culinaire 2026

IPOH – Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh (PCAA@KKCP) mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya meraih tiga anugerah ‘Best of Class’ dalam Bali Salon Culinaire 2026 yang berlangsung di Bali Nusa Dua Convention Centre, Indonesia dari 28 hingga 30 April lalu.

PCAA@KKCP dalam kenyataan memaklumkan, edisi ke-13 pertandingan kulinari bertaraf antarabangsa itu menghimpunkan lebih 700 peserta dari pelbagai negara termasuk Taiwan, Korea Selatan, Filipina, Sri Lanka, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Menurutnya, PCAA@KKCP diwakili dua pensyarah berkaliber, Khairul Ashikhin Abdullah Suhami dan Shawal Fikri Sihab yang bersaing dalam kategori Professional Chef.

“Khairul Ashikhin menyertai tiga kategori pertandingan manakala Shawal Fikri bertanding dalam satu kategori, menjadikan keseluruhan empat kategori disertai oleh pasukan tersebut.

“Mereka mencatat pencapaian cemerlang dengan meraih tiga anugerah ‘Best of Class’, dua pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

“Bagi anugerah ‘Best of Class’, Shawal Fikri memenangi kategori Asian Curry, manakala Khairul Ashikhin mengungguli kategori Vegan International serta Western Beef Main Course,” katanya pada Isnin.

Katanya, kejayaan itu bukan sahaja membuktikan keupayaan tenaga pengajar institusi berkenaan, malah mencerminkan komitmen tinggi dalam melahirkan graduan kulinari yang kompetitif di peringkat antarabangsa.

“Pencapaian tersebut turut diharap menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang kulinari.

“PCAA@KKCP akan terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju dalam melahirkan bakat kulinari bertaraf dunia serta menjadi wakil Malaysia yang disegani di pentas global,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kolej Komuniti Chenderoh Perak rangkul anugerah tertinggi di 2nd Hanoi Salon Culinaire

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI