Sultan Perak berkenan berangkat ke LHKSNS 2025

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2025 di Dataran Pavilion di sini pada Ahad.

Walaupun hujan renyai pada awal pagi, ia tidak menghalang lebih 9,500 peserta menyertai larian edisi ke-11 itu.

Larian bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak itu bermula dengan pelepasan peserta larian oleh Sultan Nazrin bagi kategori 15 kilometer (km) pada jam 6.45 pagi oleh baginda di Dataran Pavilion.

Baginda turut berkenan melepaskan peserta larian kategori 10 km dan 7 km secara serentak pada jam 7 pagi.

Sultan Perak berkenaan berangkat ke LHKSNS 2025
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyempurnakan acara pelepasan Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2025 di Dataran Pavilion Kuala Kangsar, pada Ahad.
Turut mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

Seterusnya, baginda menaiki kenderaan khas bersama Tuanku Zara; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Puteri baginda, Raja Nazira Safya diikuti larian bagi kategori tetamu kenamaan sejauh 3 km yang disempurnakan pelepasannya oleh Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Sultan Nazrin kemudian berkenan meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama rakyat di Laman Budaya bagi menyaksikan demonstrasi dan pameran aset oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta reruai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang laluan larian yang membabitkan kawasan kampung sekitar Mukim Sayong, Kota Lama Kanan serta Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah.

Sultan Perak berkenaan berangkat ke LHKSNS 2025
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2025 di Dataran Pavilion Kuala Kangsar, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 NOVEMBER 2025.

Antaranya, permainan tradisional gasing dan sepak raga, demonstrasi labu sayong, persembahan rebana, gendang Cina dan India serta stesen kuih-muih.

Selepas acara larian selesai, baginda berdua berkenaan menghadiri santapan dan menikmati persembahan oleh pancaragam oleh pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kumpulan Jentari Sekolah Seni Malaysia Perak.

APMM turut mengadakan demonstrasi taktikal khas diiringi pasukan pancaragam pasukan tersebut di Dataran Pavilion.

Sultan Perak berkenaan berangkat ke LHKSNS 2025
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2025 di Dataran Pavilion Kuala Kangsar, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 NOVEMBER 2025.

Tuanku Zara kemudian menyampaikan hadiah kepada tiga peserta yang berjaya merekodkan catatan masa terbaik bagi kategori 15 km dan 10 km.

Pemenang tempat pertama bagi kategori 15km menerima wang tunai RM800 dan plak, kedua (RM700 dan plak) serta ketiga (RM600 dan plak), manakala tempat pertama untuk kategori 10km pula mendapat wang tunai RM600 dan plak, tempat kedua (RM500 dan plak) serta tempat ketiga (RM400 dan plak). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (LHKSNS) 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI