Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Parit

PARIT – Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Tiga, dekat sini, bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas banjir kilat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Perak Tengah, Mohd Zaki Abdul Rahman berkata, PPS berkenaan mula dibuka pada jam 7.15 malam, Ahad.

“Berikutan kejadian hujan lebat dari pagi sehingga lewat petang di sekitar kawasan Serapoh, Kampung Simpang Tiga, dekat sini, banyak kediaman telah dimasuki air dan terkesan akibat bencana ini.

“Sehubungan itu PPS SK Simpang Tiga akan dibuka bagi menyelamat dan menempatkan beberapa keluarga yang rumah mereka terjejas dengan bencana banjir ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Tambah beliau, susulan itu tindakan penyelarasan segera bagi persiapan PPS dan bantuan penyelamat oleh semua jabatan dan agensi peringkat daerah telah digerakkan.

Difahamkan operasi menyelamat mangsa yang terjejas dengan bencana banjir kilat sedang digerakkan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

MalaysiaGazette hulur sumbangan kepada ibu wartawan terjejas banjir kilat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI