Kerajaan Negeri Perak menerusi Pusat Pengurusan Pelaburan Perak (InvestPerak) melancarkan Pelan Perindustrian Perak (P3) yang berperanan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri, pada Rabu.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pelan berkenaan dilihat akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan prestasi sektor perindustrian Perak bagi tempoh 10.
Katanya, malah ia selari dengan aspirasi ‘Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030’ yang ditetapkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).