Perak lancar Pelan Perindustrian, sasar nilai pelaburan RM47 bilion

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menerusi Pusat Pengurusan Pelaburan Perak (InvestPerak), melancarkan Pelan Perindustrian Perak (P3), yang berperanan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pelan berkenaan dilihat bakal melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan prestasi sektor perindustrian Perak bagi tempoh 10 tahun.

Beliau berkata, ia selari dengan aspirasi ‘Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030’ yang ditetapkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Pelan ini mensasarkan jumlah keseluruhan pelaburan bernilai RM47 bilion bagi tempoh 10 tahun di mana beberapa sektor utama berteknologi tinggi diberi tumpuan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan pelaburan di Perak.

“Antaranya sektor elektrikal dan elektronik (E&E), automotif dan komponan serta kenderaan elektrik (EV), industri berasaskan mineral, bioteknologi, peranti perubatan dan lain-lain sektor yang berkaitan.

“Semua sektor ini telah dikenal pasti dalam mengetengahkan Perak sebagai sebuah negeri maju dan berdaya saing yang bukan sahaja berkeupayaan menarik pelaburan berteknologi tinggi malah turut membangunkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing di peringkat global,” katanya.

perak pelaburan P3 saarani Pelan Perindustrian Perak menteri besar perak saarani mohamad perak pelaburan P3 saarani Pelan Perindustrian Perak menteri besar perak saarani mohamad pelabur perak perak pelabur
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap pada Majlis Penghargaan Pelabur 2023 anjuran InvestPerak di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2023.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan Pelabur 2023 anjuran InvestPerak di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, dekat sini, malam tadi.

Antara turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abd. Rahim; Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee; serta Ketua Eksekutif InvestPerak, Mohamad Hashim Abdul Ghani.

Dalam pada itu Saarani berkata, menerusi inisiatif P3 itu, Perak menyasarkan kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bernilai RM 123 bilion menjelang tahun 2030.

Katanya, daripada jumlah itu, sektor perindustrian disasarkan menyumbang sebanyak 25 peratus dengan nilai mencecah RM30.9 bilion.

perak pelaburan P3 saarani Pelan Perindustrian Perak menteri besar perak saarani mohamad perak pelaburan P3 saarani Pelan Perindustrian Perak menteri besar perak saarani mohamad
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) mencuba mengendalikan dron ketika gimik perasmian majlis Penghargaan Pelabur 2023 anjuran InvestPerak di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2023.

“Dalam memastikan pelaburan masuk ke negeri berjalan lancar, saya memberi jaminan akan terus memudah cara sebarang pelaburan yang dilaksanakan negeri ini termasuk mengurangkan kerenah birokrasi yang sering dialami oleh para pelabur.

“Saya memberi jaminan akan terus memudah cara sebarang pelaburan yang dilaksanakan negeri ini termasuk mengurangkan kerenah birokrasi yang sering dialami oleh para pelabur.

“Dalam konteks ini, pendekatan ‘ease of doing business’ memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan setiap pelaburan yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan kadar segera demi manfaat rakyat dan pada masa yang sama memperkukuhkan jaringan ekonomi negeri,” katanya lagi.-MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak terima pelaburan RM2 bilion melalui MB Inc

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI