TVET Perak diperkukuh, peruntukan dinaikkan kepada RM7 juta

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM4.4 juta bagi operasi dan pelaksanaan program Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) pada Belanjawan Perak 2026 yang dibentangkan pada Selasa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jumlah itu meningkat sebanyak RM400,000 berbanding RM4 juta pada tahun lalu.

Menurutnya, selain itu, peruntukan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut ditingkatkan kepada RM7 juta iaitu peningkatan RM500,000 berbanding tahun 2025.

“Dalam meningkatkan kadar penempatan pekerjaan kepada rakyat di Perak, kerajaan negeri melalui PASAK telah melaksanakan 265 program berkaitan pembangunan sumber manusia.

“Menyedari peranan penting PASAK dalam membangunkan modal insan serta tumpuan khusus untuk melaksanakan secara menyeluruh agenda Perak Koridor TVET Negara, kerajaan negeri menambah RM400,000a menjadi RM4.4 juta untuk operasi dan pelaksanaan program PASAK,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2026 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, bagi tahun 2026, kerajaan negeri melalui PASAK akan melaksanakan siri Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera dengan melibatkan lima buah daerah dengan sasaran 20,000 peluang pekerjaan yang akan ditawarkan oleh pelbagai industri.

“Pelaksanaan program Pembangunan Sumber Manusia akan turut diperluaskan dengan sasaran penerima manfaat seramai 30,000 orang anak negeri Perak.

“Fokus pelaksanaan kemahiran meliputi Program Latihan Modular Industri, Latihan Mahir Kerja, TVET OKU, TVET Orang Asli, TVET Warga Emas dan TVET Desa Mahir,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak peruntuk RM6.5 juta untuk pembangunan TVET

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI