Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan sebanyak RM15.95 juta bagi pelbagai inisiatif bantuan pendidikan dalam Belanjawan Perak 2026.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia meliputi bantuan khas pendidikan, program ‘back to school’ atau kembali ke sekolah serta bantuan baucar buku.
Katanya, program bantuan baucar buku yang diperuntukkan sebanyak RM75,000 itu akan dilaksanakan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) untuk pelajar di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #belanjawanperak2026 #bantuanpendidikan





