Perak merekodkan sebanyak 193 kes kecurian kabel dan 515 kes penutup lurang Telekom Malaysia (TM) terbuka setakat Oktober lalu.
Exco Komunikasi, Multimedia dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, kerajaan negeri cakna tentang isu berkenaan dan telah mengambil tindakan lanjut bersama pihak TM.
Katanya, antara usaha yang diambil adalah mematri serta pemasangan lapisan kedua bagi penutup lurang yang terbuka. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #kescurikabel





