Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-18

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-18 di Dewan Jubli Perak dekat sini, pada Sabtu.

Hadir mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Naib Canselor USAS, Prof Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusof.

Konvokesyen USAS ke-18 Sultan Nazrin USAS USAS 2025 Ijazah USAS anugerah kecemerlangan USAS graduan USAS konvokesyen universiti Perak Sultan Perak berangkat konvokesyen Wan Sabri USAS
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-18 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 DISEMBER 2025.

Pada istiadat konvokesyen berkenaan, Sultan Nazrin yang juga Canselor USAS menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pascasiswazah, serta Diploma kepada graduan Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial (FPISS).

Baginda juga berkenan menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, serta Diploma bagi Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (FPTM) kepada graduan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan ijazah kepada graduan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-18 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 DISEMBER 2025.

Sultan Nazrin turut berkenan menganugerahkan lima anugerah kecemerlangan akademik kepada tujuh penerima iaitu, Anugerah Tuanku Canselor kepada Roselind Nadiera Talib; Anugerah Menteri Besar Perak kepada Nor Asmira Li Mohamed Ali serta Nurjaslinda Jamaluddin bagi Anugerah Naib Canselor.

Sementara itu, empat lagi individu yang menerima anugerah sama adalah, Eddie Hidayat Qauf Husain (Anugerah Terbaik Ijazah Sarjana Muda FPISS); Fatin Nurdayana Kasmuri (Anugerah Terbaik Ijazah Sarjana Muda FPISS); Nor Jannah Aqisal Zas Samsul Kamal (Anugerah Terbaik Ijazah Sarjana Muda FPTM); serta Ummi Faqihah Sobri (Anugerah Terbaik Diploma FPTM).

Konvokesyen USAS ke-18 Sultan Nazrin USAS USAS 2025 Ijazah USAS anugerah kecemerlangan USAS graduan USAS konvokesyen universiti Perak Sultan Perak berangkat konvokesyen Wan Sabri USAS
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-18 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 DISEMBER 2025.

Terdahulu, Wan Sabri dalam sembah ucapannya berkata, istiadat konvokesyen yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 1,755 orang graduan.

Kata beliau, ia melibatkan, enam penerima Ijazah Doktor Falsafah, 18 penerima Ijazah Sarjana, Diploma Pascasiswazah (32 penerima), Ijazah Sarjana Muda (759 penerima), serta Diploma (940 penerima).

Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof. Datuk Dr. Wan Sabri Wan Yusof berucap pada Istiadat Konvokesyen USAS ke-18 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 DISEMBER 2025.

Menurut Wan Sabri, USAS terus membuktikan keupayaan dalam melahirkan graduan yang kompeten melalui pelbagai program akademik dan bukan akademik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Ujar beliau lagi, selain daripada penekanan penglibatan aktif mahasiswa dalam program komuniti, USAS juga berjaya menghasilkan 130 penerbitan bahan ilmiah.

Konvokesyen USAS ke-18 Sultan Nazrin USAS USAS 2025 Ijazah USAS anugerah kecemerlangan USAS graduan USAS konvokesyen universiti Perak Sultan Perak berangkat konvokesyen Wan Sabri USAS
Suasana sekitar Istiadat Konvokesyen USAS ke-18 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 DISEMBER 2025.

“Penyelidikan sentiasa menjadi tugas utama di USAS, 30 projek penyelidikan telah berjaya dilaksanakan dengan jumlah geran RM500,000 daripada pelbagai sumber.

“Pelbagai bentuk bahan penerbitan ilmiah telah berjaya dihasilkan termasuk artikel dalam jurnal yang tersohor, bab dalam buku, serta buku akademik.

“Kejayaan ini jelas membuktikan budaya penyelidikan dan penulisan ilmiah di USAS semakin subur, matang, dan terus kukuh selari dengan aspirasi universiti sebagai pusat kecemerlangan ilmu,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

‘The Sacrifice’ terima pingat emas anugerah insentif penyelidikan USAS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI