Perak rekod nilai KDNK RM80.2 bilion tahun 2022

IPOH – Perak merekodkan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berjumlah RM80.2 bilion dengan pertumbuhan 4.3 peratus lebih tinggi pada 2022 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar KDNK negeri dengan nilai ditambah berjumlah RM50.7 bilion bagi 2022 berbanding RM47.3 bilion pada 2021.

“Pertumbuhan sektor ini diterajui oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, diikuti dengan subsektor penginapan, makanan dan minuman serta utiliti, pengangkutan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Pencapaian ini turut didukung oleh peningkatan prestasi sektor pembinaan dan perlombongan yang masing-masing mencatat pertumbuhan 6.1 dan 8.9 peratus selain sektor pembuatan yang menokok sebanyak 1.0 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pembentangan Belanjawan Perak 2024 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Jumaat.

Saarani berkata, ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan 4.2 peratus pada separuh pertama tahun ini dan dijangka mencatatkan angka sekitar empat peratus bagi keseluruhan tahun 2023.

“Berdasarkan unjuran semasa, kerajaan negeri yakin mampu mencapai sasaran pertumbuhan antara empat hingga lima peratus tahun ini.

“Ia dengan mengambil kira pemulihan berterusan pasaran kerja, pelaksanaan pesat projek-projek pembangunan serta peningkatan aktiviti pelancongan,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024 RM1.35 bilion tertinggi dalam sejarah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI