Suhaimi CEO baharu Tourism Perak berkuat kuasa Januari depan

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hari ini menyerahkan watikah pelantikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tourism Perak baharu, Suhaimi Abu Hassan Shari, yang akan memulakan tugas secara rasmi pada 2 Januari 2026.

Watikah pelantikan itu disampaikan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Menteri Besar Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Menurut Saarani, anak jati Kampung Pecah Batu, Manong itu mempunyai pengalaman luas dalam sektor pelancongan negara.

“Sebelum ini, beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Ehwal Ekonomi di Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia Tenggara), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM).

“Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam pengurusan pelancongan merangkumi strategi promosi dan pemasaran antarabangsa, kita yakin Encik Suhaimi mampu membawa nafas baharu untuk memperkukuh jenama Tourism Perak di mata Malaysia dan dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berharap pelantikan tersebut akan membuka lebih banyak ruang untuk Perak terus mara sebagai destinasi pilihan pelancong serta melonjakkan industri pelancongan negeri.

“Semoga pelantikan ini membuka ruang yang lebih luas untuk Perak terus melangkah sebagai destinasi pilihan pelancong dan juga memperhebatkan lagi industri pelancongan di Perak. InshaAllah,” ujarnya.

Sebelum ini, jawatan tersebut disandang Nurmalis Musa selama lima tahun sejak 2020. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak laksana 34 projek persiap sektor pelancongan hadapi TMM 2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI