MDBG meterai MoU dengan tiga syarikat swasta, perkukuh pengurusan sisa lestari

BATU GAJAH – Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) meneruskan kerjasama dengan tiga rakan strategik swasta dalam usaha memelihara dan memulihara kelestarian alam sekitar.

Kerjasama itu disempurnakan melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MDBG yang diwakili Setiausaha, Muazatul Adawiyah Muhammad dengan tiga syarikat iaitu Unioleo Sdn. Bhd; Edsha Solutions Sdn. Bhd serta Biovisma Sdn. Bhd, pada Ahad.

Unioleo Sdn. Bhd diwakili Pengarah Operasi, Mok Kai Choon; Edsha Solutions Sdn. Bhd. diwakili Pengarah Urusan, Dr Edward Ponniah serta Biovisma Sdn. Bhd diwakili Pengasas, Mervyn Chong.

pengurusan sisa lestari Perak, MoU MDBG syarikat swasta, pengurusan minyak masak terpakai, ekonomi kitaran Perak, kelestarian alam sekitar Batu Gajah MDBG MoU pengurusan sisa lestari
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi bergambar bersama tetamu dan peserta selepas merasmikan Program Anti Kutu Sampah: ‘Jangan Kome Buang Sampah Merata’ di Dataran Komuniti Tanjung Tualang, Batu Gajah, pada Ahad. Foto: Amirrul Rabbani Rashid

Muazatul Adawiyah berkata, pengukuhan sinergi antara organisasi kerajaan dengan sektor swasta itu memberi fokus kepada pengurusan sisa yang lestari.

Jelas beliau, kerjasama yang dijalinkan itu juga bertujuan memperkasakan pengurusan sisa seperti minyak masak terpakai dan sisa elektronik yang lebih sistematik, sekali gus menyokong ekonomi kitaran di daerah ini.

“Syarikat-syarikat yang terlibat ini menjalankan operasi pengurusan seperti tayar terpakai, minyak masak terpakai dan bahan-bahan lain yang boleh diproses untuk digunakan semula.

“Minyak masak misalnya, sekiranya ia dapat diproses semula, ia boleh menjadi bahan bakar yang dapat digunakan untuk kapal terbang. Ini secara tidak langsung merancakkan ekonomi kitaran setempat yang lebih mampan,” katanya.

pengurusan sisa lestari Perak, MoU MDBG syarikat swasta, pengurusan minyak masak terpakai, ekonomi kitaran Perak, kelestarian alam sekitar Batu Gajah MDBG MoU pengurusan sisa lestari
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi merasmikan Program Anti Kutu Sampah: ‘Jangan Kome Buang Sampah Merata’ di Dataran Komuniti Tanjung Tualang, Batu Gajah, pada Ahad.
Hadir sama, Setiausaha Majlis Daerah Batu Gajah, Muazatul Adawiyah Muhammad. Foto: Amirrul Rabbani Rashid

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Anti Kutu Sampah: ‘Jangan Kome Buang Sampah Merata’ di Dataran Komuniti Tanjung Tualang, dekat sini, pada Ahad.

Program dirasmikan Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi serta turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, V Bavani.

Mengulas tentang program, Muazatul Adawiyah berkata, MDBG turut melantik ‘Eco Warrior’ dalam kalangan komuniti setempat yang bertindak sebagai duta kecil dalam memantau dan membudayakan amalan menjaga kebersihan persekitaran.

pengurusan sisa lestari Perak, MoU MDBG syarikat swasta, pengurusan minyak masak terpakai, ekonomi kitaran Perak, kelestarian alam sekitar Batu Gajah MDBG MoU pengurusan sisa lestari
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi menyampaikan bahan kempen kelestarian alam sekitar kepada wakil sekolah pada Program Anti Kutu Sampah: ‘Jangan Kome Buang Sampah Merata’ di Dataran Komuniti Tanjung Tualang, Batu Gajah, pada Ahad. Foto: Amirrul Rabbani Rashid

Tambah beliau, antara pengisian lain adalah aktiviti ‘Fun Walk x Plogging’ yang mana para peserta larian santai akan mengutip sampah di laluan sepanjang lima kilometer di dengan pemenang akan dinilai berdasarkan kepada berat sampah yang dikutip.

“Usaha MDBG mengangkat tema dialek tempatan ‘Jangan Kome Buang Sampah Merata’ sangat tepat dalam menyantuni jiwa masyarakat setempat.

“Penglibatan syarikat korporat melalui MoU hari ini juga membuktikan bahawa penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, bukan terletak di bahu majlis atau jabatan kerajaan semata-mata,” katanya lagi.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi menyempurnakan gimik perasmian pertandingan pada Program Anti Kutu Sampah: ‘Jangan Kome Buang Sampah Merata’ di Dataran Komuniti Tanjung Tualang, Batu Gajah, pada Ahad. Foto: Amirrul Rabbani Rashid

Sementara itu Mohd Azlan yang juga ADUN Tualang Sekah berkata, program anjuran MDBG itu merupakan manifestasi visi kerajaan negeri melalui agenda Perak Sejahtera 2030, yang menekankan kesejahteraan rakyat menerusi persekitaran yang bersih dan mampan.

“Kerajaan negeri juga amat mengalu-alukan penglibatan pihak swasta dan NGO dalam agenda pembangunan mampan.

“Kolaborasi seperti inilah yang akan mempercepatkan lagi usaha kita ke arah kelestarian alam sekitar di negeri ini,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

MDKpr guna sisa makanan, hasilkan 27 tan kompos setahun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI