Inisiatif kerajaan negeri melalui penganjuran Pasar Sejahtera Rakyat Perak dilihat memberi kelegaan kepada orang ramai dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi susulan krisis global yang memberi kesan kepada kos sara hidup ketika ini.
Rata-rata pengunjung yang ditemui menyambut baik program tersebut kerana ia membantu mereka mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah berbanding di pasaran. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #saaranimohamad #peraksejahtera2030





