KKDW akan perluas sistem e-Penghulu ke seluruh negara

IPOH – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memperluaskan penggunaan sistem e-Penghulu sebagai kaedah pengumpulan data dan pelaksanaan program pembangunan luar bandar di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem e-Penghulu yang ketika ini hanya dilaksanakan di Perak terbukti berkesan dalam memantau pelaksanaan program dan peruntukan di peringkat akar umbi.

“Pada hari ini telah mempelajari satu kaedah pemantauan, pengutipan data dan juga pelaksanaan beberapa program di bawah e-Penghulu di mana hanya negeri Perak sahaja setakat ini yang mempunyai program berkenaan.

“Justeru, saya telah mengabsahkan bahawa KKDW akan menggunakan sepenuhnya sistem ini dan meminta kepada Exco-Exco luar bandar daripada seluruh negara menggunakannya (e-Penghulu) bagi memantau pelaksanaan peruntukan-peruntukan bukan sahaja daripada KKDW tetapi daripada kementerian-kementerian yang lain,” katanya yang juga Menteri KKDW.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) di Hotel Casuarina@Meru di sini pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sistem e-Penghulu telah dibangunkan pada tahun 2019 dengan kerjasama di antara Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan semua Penghulu di Negeri Perak dengan sokongan penuh dari pihak pengurusan atasan.

Ia telah diguna pakai oleh semua penghulu di semua Pejabat Penghulu Negeri Perak dalam memberi perkhidmatan pelanggan yang hadir ke Pejabat Penghulu bagi pelbagai urusan seperti aduan, bantuan kotak makanan, perakuan permohonan, pengesahan maklumat, pendaftaran eKasih dan Takaful Tabarru’. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KKDW duduki tangga pertama laksana Kampung Angkat MADANI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI