Cekal diuji anak hidap ketumbuhan ‘germ cell’

IPOH – Langit tidak selalu cerah, begitulah ujian yang dilaluii pasangan suami isteri, Mohd Fauzi Saad, 43 dan Anis Azwani Azmi, 29 apabila senyuman anak bongsu mereka berubah menjadi kegusaran tidak berpenghujung.

Menurut Anis Azwani, dia menyedari berlaku perubahan yang agak janggal pada wajah anak lelakinya, Firas Affan Mohd Fauzi, yang ketika itu baru berusia setahun dua bulan.

Menurut suri rumah itu, dia dan suami mendapati bahagian mata kanan anaknya ikelihatan membengkak dan semakin ketara dari hari ke hari selepas lahir pada Oktober lalu.

anak hidap ketumbuhan germ cell di Perak ketumbuhan germ cell kanak-kanak rawatan kemoterapi kanak-kanak Perak kisah keluarga diuji penyakit anak Hospital Raja Permaisuri Bainun kisah kemanusiaan di Perak
Firas Affan Mohd Fauzi berusia setahun dua bulan menghidap ketumbuhan ‘germ cell’ di bahagian belakang mata ketika ditemui di Bandar Baru Lahat, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 DISEMBER 2025.

“Pada awalnya nampak bengkak mata dia macam naik sedikit sahaja. Lama-lama jadi makin bonjol dan muka dia pun nampak berubah, macam seperti ditarik ke sebelah kanan.

“Perkara itu memberi kebimbangan pada kami dan kemudiannya membawa anak bongsu daripada empat itu mendapatkan rawatan di klinik kesihatan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada November,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita di kediamannya di Bandar Lahat Baru, Lahat, dekat sini, pada Jumaat.

anak hidap ketumbuhan germ cell di Perak ketumbuhan germ cell kanak-kanak rawatan kemoterapi kanak-kanak Perak kisah keluarga diuji penyakit anak Hospital Raja Permaisuri Bainun kisah kemanusiaan di Perak
Anis Azwani Azmi, 29, ketika temubual bersama media di Bandar Baru Lahat, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 DISEMBER 2025.

Anis Azwani memberitahu, hasil pemeriksaan oleh tenaga pakar perubatan HRPB, anaknya disahkan menghidap ketumbuhan ‘germ cell’ pada bahagian belakang mata.

Katanya, meskipun ujian berkenaan cukup berat untuk diterima namun naluri sebagai seorang ibu menjadi penguat demi memastikan Firas Affan kekal kuat.

“Dia aktif sama seperti adik beradik yang lain dan tidak ada sebarang perbezaan tingkah laku yang dikesan berlaku padanya.

“Cuma jika dia menangis pada tengah malam, saya atau suami terpaksa berjaga untuk memujuknya tidur kembali. Adakala dia berjaga sampai pagi keesokan harinya,” ujarnya.

anak hidap ketumbuhan germ cell di Perak ketumbuhan germ cell kanak-kanak rawatan kemoterapi kanak-kanak Perak kisah keluarga diuji penyakit anak Hospital Raja Permaisuri Bainun kisah kemanusiaan di Perak
Firas Affan Mohd Fauzi berusia setahun dua bulan menghidap ketumbuhan ‘germ cell’ di bahagian belakang mata ketika ditemui di Bandar Baru Lahat, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 DISEMBER 2025.

Anis Azwani berkata, rentetan daripada pengesahan penyakit yang dihidapi, Firas Affan perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam kitaran bermula November lalu sehingga April tahun hadapan.

Katanya, dua daripada kitaran rawatan telah dijalankan di samping perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sehingga tiga kali seminggu.

“Alat kemopot yang dipasang pada dada Firas Affan ini merupakan prosedur kali kedua selepas sebelum ini ia telah dipasang pada peha bagi prosedur kemoterapi,” tambahnya.

Menurutnya lagi, anak kecilnya itu juga telah menjalani satu lagi prosedur pembedahan sebelum ini bagi mengambil sampel ketumbuhan melalui hidung.

anak hidap firas affan ketumbuhan germ cell di Perak ketumbuhan germ cell kanak-kanak rawatan kemoterapi kanak-kanak Perak kisah keluarga diuji penyakit anak Hospital Raja Permaisuri Bainun kisah kemanusiaan di Perak
Firas Affan Mohd Fauzi berusia setahun dua bulan menghidap ketumbuhan ‘germ cell’ di bahagian belakang mata ketika ditemui di Bandar Baru Lahat, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 DISEMBER 2025.

“Kami difahamkan bahawa pihak hospital sedang menjalankan pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti ketumbuhan pada bahagian hidung itu.

“Setakat ini masih tidak dapat dipastikan sama ada anak kami perlu juga menjalani rawatan kemoterapi atau boleh diselesaikan melalui pembedahan,” ujarnya.

Reda dengan ujian ALLAH

Sebagai ketua keluarga, Mohd Fauzi memberitahu, ketika kali pertama dimaklumkan doktor tentang penyakit yang dihadapi anak bongsunya itu, dia dan isteri berasa sedih tatkala berat menerima takdir Illahi.

Namun disebalik yang berlaku, Mohd Fauzi berkata, dia perlu kuat untuk menghidapi dugaan berkenaan khususnya demi Firas Affan yang menjadi pelengkap kepada keluarga kecilnya itu.

anak hidap firas affan ketumbuhan germ cell di Perak ketumbuhan germ cell kanak-kanak rawatan kemoterapi kanak-kanak Perak kisah keluarga diuji penyakit anak Hospital Raja Permaisuri Bainun kisah kemanusiaan di Perak
Mohd Fauzi Saad, 43, ketika temubual bersama media di Bandar Baru Lahat, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 DISEMBER 2025.

“Masa awal-awal tu keadaan mata dia teruk, merah dan bengkak sampai susah nak buka. Tengok keadaan dia masa itu memang hilang semangat dan seperti anak ini tidak ada harapan untuk sembuh.

“Sebab itu kami dengan segera bawa Firas Affan untuk mendapat rawatan susulan dan Alhamdulillah, keadaannya kini semakin baik jika hendak dibandingkan pada peringkat awal sebelum menerima rawatan” katanya.

anak hidap firas affan ketumbuhan germ cell di Perak ketumbuhan germ cell kanak-kanak rawatan kemoterapi kanak-kanak Perak kisah keluarga diuji penyakit anak Hospital Raja Permaisuri Bainun kisah kemanusiaan di Perak
Mohd Fauzi Saad, 43, bersama anak bongsunya, Firas Affan Mohd Fauzi berusia setahun dua bulan yang menghidap ketumbuhan ‘germ cell’ di bahagian belakang mata ketika ditemui di Bandar Baru Lahat, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 DISEMBER 2025.

Mohd Fauzi yang tidak mempunyai pendapatan tetap sebagai pemandu lori di sebuah kilang berhampiran berkata, kos rawatan dan pengurusan Firas Affan mencecah sehingga RM1,000 sebulan.

“Ketika ini saya banyak memberi tumpuan dan masa untuk anak saya ini termasuk dalam soal membawanya mendapat rawatan susulan di hospital secara berkala.

“Disebabkan saya terpaksa banyak bercuti untuk urus anak, saya menyara keluarga dan sewa rumah dengan pendapatan sekitar RM80 sehari. ” katanya lagi.

anak hidap ketumbuhan germ cell di Perak ketumbuhan germ cell kanak-kanak rawatan kemoterapi kanak-kanak Perak kisah keluarga diuji penyakit anak Hospital Raja Permaisuri Bainun kisah kemanusiaan di Perak
Pasangan Mohd Fauzi Saad, 43, dan Anis Azwani Azmi, 29, bersama empat orang anaknya ketika ditemui di Bandar Baru Lahat, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 DISEMBER 2025.

Namun dia berkata, dia bersyukur nasib yang dihadapinya itu turut mendapat perhatian melalui sumbangan daripada jiran dan ahli keluarga untuk menampung perbelanjaan harian serta rawatan Firas Affan.

Sebagai bapa Mohd Fauzi berkata, dia dan isteri menitipkan harapan dan doa yang sentiasa diaminkan agar anak kecilnya itu dapat sembuh serta sihat sama seperti adik beradiknya yang lain.

“ALLAH beri ujian seperti ini dan saya terima dengan reda di samping menggerakkan segala ikhtiar selagi mampu, yang mana kini kami memang beri tumpuan kepada rawatan hospital sepenuhnya.

“Memang kami berharap agar Firas Affan dapat pulih dan bebas daripada penyakit yang dihidapi ketika ini,” ujarnya.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh menghubungi Mohd Fauzi di talian 011-11983431. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pesakit kanser jangan menyendiri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI