KPM tidak wajibkan murid pakai tali leher

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak lagi mewajibkan pemakaian tali leher bagi semua pelajar sekolah.

Perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Profesional KPM Khas Tahun 2025 pada 8 Disember lalu dan disahkan menerusi surat siaran yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan merangkap Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru, Dr Mohd Azam Ahmad itu pada 17 Disember lalu.

Jelasnya, tiada pihak dibenarkan membuat sebarang paksaaan atau tekanan supaya murid memakai tali leher.

“Walau bagaimanapun, pemakaian tali leher masih dibenarkan berdasarkan keputusan permuafakatan pihak sekolah dengan ibu bapa,” kata surat siaran itu.

Jelasnya, keputusan berkenaan mengambil kira faktor iklim tempatan dan usaha menangani beban kewangan isi rumah.

Terdahulu jelas surat siaran berkenaan, KPM sentiasa prihatin terhadap keperluan ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI