MGPerak: VM2026 Perak Tidak Kompromi Soal Keselamatan Pelancong Di Geopark Lembah Kinta

49

Perak tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan pelancong termasuk yang berkunjung ke kawasan kawasan bukit dan gua batu kapur di sekitar Geopark Lembah Kinta dalam usaha memperkukuhkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, ini kerana kawasan berkenaan merupakan kawasan sensitif yang memerlukan penelitian khusus agar keselamatan pelancong terus terjamin.

Katanya, keindahan alam semula jadi yang terdapat di Perak merupakan tarikan utama kepada pelancong domestik dan antarabangsa, namun faktor keselamatan tidak boleh dipandang ringan, terutama di kawasan berisiko tinggi. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #VM2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini