1,105 buah sekolah di Perak memulakan Sesi Persekolahan 2026

PARIT – Sebanyak 1,105 buah sekolah di Perak memulakan Sesi Persekolahan 2026 yang bermula pada Isnin, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah.

Beliau berkata, proses pembukaan hari pertama persekolahan berjalan dengan lancar memandangkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah mengambil langkah awal menyelesaikan isu-isu khusus.

Katanya, ia termasuklah dari segi kekurangan kerusi, meja dan guru.

“Saya difahamkan JPN Perak dan PPD telah mengambil langkah-langkah awal untuk menyelesaikan isu-isu khususnya dari segi kekurangan kerusi, meja serta guru yang telah dapat direalisasikan.

“Saya mengharapkan pengoperasian sekolah dapat berjalan dengan lancar dan murid-murid dapat belajar dalam suasana kelas yang kondusif dan akhirnya dapat menerima ilmu daripada guru-guru.

“Kepada guru-guru teruskanlah khidmat bakti dan perjuangan dalam mendidik anak bangsa kita supaya mereka menjadi warganegara yang cukup berjaya dan juga mempunyai adab serta ilmu yang cukup tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Malaysia Gazette (MG) Perak selepas hadir meninjau suasana hari pertama Sesi Persekolahan 2026 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, di sini, pada Isnin.

Terdahulu Khairuddin meluangkan masa meninjau hari pertama Sesi Persekolahan 2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gajah dan SK Belanja Kiri.

Khairuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja berkata, Kerajaan Negeri Perak turut mengucapkan selamat kembali ke sekolah khususnya kepada warga pendidik dan murid-murid. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI