Bekas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas 10 pertuduhan salah guna wang lebih daripada RM631,000 bagi misi kemanusiaan untuk Myanmar, Yaman, Syria dan Palestin, sejak lapan tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Hakim Mohd Nor, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #BekasPengerusiNGO #SPRM





