Kajian cadangan bina balai bomba JRTB diserah kepada KPKT

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menyerahkan dapatan kajian kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi berhubung cadangan pembinaan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) baharu di laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, kertas kajian itu telah diserahkan kepada kementerian terbabit pada 2 Disember lalu supaya ia dapat dipertimbangkan bagi pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Katanya, cadangan pembinaan BBP kekal di lokasi berhampiran Jeti Awam Pulau Banding itu bagaimanapun perlu mengambil kira kepada pelbagai aspek termasuk kemampuan kewangan kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman pada sidang media Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Kebangsaan di Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 20 JANUARI 2026.

“Ketika kenyataan sebelum ini saya maklumkan bahawa kita masih berada dalam fasa kajian. Ia kemudian,kita masukkan keperluan ini dalam senarai untuk pertimbangan kerajaan pada untuk RMK.

“Kita akui bahawa ia bergantung kepada keupayaan kerajaan kerana senarai itu memang banyak. Namun kita amat berharap ia boleh disegerakan (pembinaan BBP kekal),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan JBPM di Ibu Pejabat JBPM Perak di Meru Raya, dekat sini, pada Selasa.

Program yang mendapat kerjasama daripada Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Kebangsaan itu turut dihadiri Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon.

Dalam pada itu, Ahmad Izram berkata, sebagai langkah sementara, JBPM telah membina pos bomba sementara atau ‘fire post’ berhampiran Kompleks Pusat Perikanan Banding sebagai langkah operasi bagi memastikan kesiapsiagaan di laluan berkenaan.

Kata beliau, lazimnya ‘fire post’ tersebut melibatkan penempatan sebuah jentera bomba bersama anggota yang bersedia untuk digerakkan segera sekiranya berlaku kecemasan di sekitar laluan JRTB.

cadangan bina balai bomba JRTB Gerik balai bomba Jalan Raya Timur-Barat JBPM Perak KPKT RMK13 keselamatan laluan JRTB balai bomba Gerik fire post JBPM
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman menyampaikan sumbangan kepada anggota bomba pada Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Kebangsaan di Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 20 JANUARI 2026.

“Balai kekal belum dapat dibina buat masa ini, tetapi dari segi operasi kita telah tempatkan ‘fire post’. Ini membolehkan kita bertindak lebih cepat sekiranya berlaku kecemasan.

“Apabila kita diperlukan untuk bersiap sedia, memang kita akan tempatkan satu jentera di kawasan itu, terutamanya pada musim perayaan atau situasi bilangan trafik yang tinggi. Namun ia tidak berada di situ sepanjang masa,” ujarnya.

Pada Jun tahun lalu media melaporkan JBPM sedang mengkaji keperluan membina balai bomba tambahan di laluan Jalan JRTB di Gerik kerana kawasan laluan itu tidak mempunyai sebuah BBP khusus.

Ahmad Izram dilaporkan berkata, ketika ini BBP Gerik dan BBP Baling merupakan balai terdekat yang bertindak sekiranya berlaku sebarang kecemasan di sepanjang laluan tersebut.

Menurut beliau, pasukan bomba perlu mengambil masa kira-kira 40 minit untuk tiba di lokasi nahas jalan raya yang membabitkan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lalu. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki warga emas maut, dua cedera nahas lori, kereta di JRTB

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI