IPOH – Malaysia kini berada dalam fasa transformasi besar apabila penggunaan teknologi termaju seperti kecerdasan buatan (AI), sistem pintar, automasi dan penyelesaian cekap tenaga dipercepatkan merentasi pelbagai sektor utama negara.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, langkah tersebut sejajar dengan agenda inovasi nasional yang digerakkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memperkukuh daya saing ekonomi negara dalam jangka panjang. -MGPerak





