Isu Bukit Tagar di bawah bidang kuasa kerajaan negeri

IPOH – Isu berkaitan penempatan semula ladang ternakan babi ke Bukit Tagar di Hulu Selangor adalah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, peranan kerajaan Persekutuan adalah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) serta piawaian industri, serta membantu dari segi polisi dan insentif bagi menyokong pembangunan sektor berkaitan.

“Bagaimanapun, isu lokasi atau penempatan semula (relocation) adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kilang Sembelih Swasta Baru (Khinzir) Moden di Kawasan Perindustrian Tungzen, Kampung Kepayang di sini pada Khamis.

Hadir sama, Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan dan Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Maju Bersatu Perak Sdn Bhd, Datuk Leong Siew Seong.

Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk mempercepatkan pemindahan ladang ternakan babi di Kuala Langat dan Sepang ke pusat ternakan moden di Bukit Tagar, Hulu Selangor selewat-lewatnya hujung tahun ini bagi menangani pelbagai isu pencemaran dan memastikan kelestarian alam sekitar.

Dalam pada itu, Chan menzahirkan penghargaan terhadap Kerajaan Negeri Perak atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan dalam usaha mentransformasikan industri penternakan di negeri berkenaan.

“Industri khinzir di Perak sedang melalui transformasi ke arah ‘modern pig farming‘. Perlu diketahui bahawa 60 peratus bekalan khinzir di Semenanjung Malaysia bergantung kepada Perak.

“Oleh itu, kita perlu mengemas kini rumah sembelih bagi menampung keperluan semasa. Saya memberikan pujian tinggi kepada Perak kerana membicarakan industri ini dengan sikap terbuka dan profesional, bukannya mengikut emosi,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bekalan daging babi mencukupi sempena Tahun Baharu Cina

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI