IPOH – Kerajaan Perak mensasarkan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.48 bilion tahun ini berbanding RM1.4 bilion pada 2025, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Saarani berkata, kerajaan negeri berjaya melepasi sasaran tahun lalu dengan kutipan mencecah hampir RM1.5 bilion melepasi sasaran lebih 106 peratus. -MGPerak





