Zaid persoal motif pendedahan salah laku pegawai tertinggi ATM

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan motif sebenar di sebalik pendedahan dakwaan pengubahan wang haram yang mengaitkan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sambil membayangkan kemungkinan wujud agenda tersembunyi pihak berkepentingan.

Menurut beliau, pendedahan sedemikian perlu dinilai secara lebih kritikal kerana dalam landskap rasuah dan penyelewengan negara, jumlah wang yang dikaitkan dengan kes berkenaan adalah relatif kecil.

Zaid berkata, situasi itu menimbulkan persoalan sama ada pendedahan tersebut benar-benar bertujuan menegakkan keadilan atau sekadar sebahagian daripada permainan kuasa dan persaingan tertentu.

“Walaupun saya mengagumi peranan Che Gu Bard dalam mendedahkan penipuan tersebut, namun saya perlu bertanya, dari mana beliau memperoleh maklumat dalaman itu?

“Apakah mungkin ia diperolehi daripada kartel pesaing? Apakah dengan mengusir pesaing maka kartel baharu boleh dipilih?” dakwanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah bekas Menteri Undang-Undang itu, jika senario itu berlaku, ini bermakna tiada perubahan besar dapat dilaksanakan dalam ATM meskipun rakyat hari ini melihat pegawai-pegawai tertinggi tentera dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan penerimaan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM145,000.

Muhammad Hafizuddeain, 58, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.

Berdasarkan pertuduhan, beliau didakwa menerima wang hasil aktiviti haram secara berasingan berjumlah RM115,000 dan RM30,000 antara 19 September 2024 hingga 19 Mei tahun lalu yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaafar, 60, mengaku tidak bersalah di atas empat pertuduhan menyeleweng dana Tabung Kebajikan Angkatan Tentera melebihi RM3.7 juta. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI