Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak menawarkan pengalaman aktiviti lasak iaitu caving dari tahap kering sehingga basah.
Keunikan formasi batu kapur serta suasana gelap dan lembap di dalam gua membuktikan kekayaan khazanah alam yang tercipta sejak ribuan tahun. Gua Tempurung merupakan salah satu ikon pelancongan negeri Perak. -MGPerak





