IPOH – Selipar yang diperbuat daripada tayar terbuang kini menjadi simbol inovasi lestari melalui pendekatan kitar semula berteraskan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), dan konsep ini diterjemahkan secara jelas oleh jenama lokal RIGHTNOW.
Menerusi penggunaan bahan kitar semula dalam penghasilan selipar, RIGHTNOW bukan sahaja mengurangkan sisa buangan industri, malah menampilkan produk berfungsi, tahan lama dan beridentiti tempatan.
Ini selari dengan falsafah jenama tersebut untuk menghargai masa kini sambil memelihara kelestarian masa hadapan. – MGPerak





