PERNAH dikenali sebagai Gangga Negara pada zaman dahulu, Beruas merupakan sebuah pekan kecil terletak di dalam daerah Manjung dan bersempadan dengan Daerah Perak Tengah serta Kuala Kangsar.
Beruas juga bukanlah sebuah pekan biasa kerana mempunyai sejarah yang panjang dan signifikan dalam pembentukan tamadun awal negeri Perak.
Nama Gangga Negara sendiri mengingatkan kita bahawa kawasan ini pernah menjadi antara pusat penting yang membentuk identiti dan perjalanan sejarah negeri ini. – MGPerak





