Karnival Sukan Rakyat@DUN Temengor menjadi medium penyatuan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam memastikan dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan sehingga ke peringkat akar umbi.
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, penganjuran sukan rakyat yang melibatkan kedua-dua pihak itu bertujuan mewujudkan kefahaman bersama antara agensi pelaksana dan komuniti penerima dasar kerajaan.
Menurutnya, sukan dijadikan platform kerana sifatnya yang mampu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana santai dan inklusif. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #SukanRakyatDunTemengor





