Terletak di tengah-tengah Ibu Negeri Perak, Tasik Cermin Ipoh merupakan antara ikon pelancongan terkenal sama ada dalam kalangan pelancong dari dalam mahupun luar negara.
Tidak hanya menjadi lokasi untuk aktiviti riadah santai seperti aktiviti berswafoto atau menaiki bot semata-mata, pusat rekreasi itu kini menyediakan satu lagi segmen pelancongan lasak buat pengunjung.
Menurut Pembantu Kanan Pelancongan Tasik Cermin Ipoh, Mohamad Huzairi Ahmad Zolkifli@Uda, aktiviti menunggang kenderaan rupa bumi (ATV) dan memanjat batu atau ‘rock climbing’ semakin mendapat perhatian sejak mula diperkenalkan pada tahun lalu. -MGPerak





