Dataran Niaga Kampung Manjoi lebih luas, selesa untuk peniaga, pengunjung

IPOH – Pembangunan infrastruktur dan naik taraf Dataran Niaga Kampung Manjoi memberi kesan positif kepada peniaga kerana keadaannya lebih tersusun dan selesa dengan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan harian.

Inisiatif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi proram Kampung Angkat MADANI itu dijangka merancakkan lagi ekonomi setempat dengan menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan tersebut.

Peniaga, Muhd Azizul Hakim Aziz, 38, berkata, sebelum ini ruang tapak niaga agak sempit malah pengunjung juga terpaksa bersesak-sesak untuk membeli barang.

“Dataran ini sekarang kelihatan lebih luas dan tersusun. Pelanggan juga tidak lagi perlu bersesak kerana ada ruang.

“Ada parkir yang turut memudahkan pengunjung datang ke sini,” katanya yang menjual hasil laut daripada Terengganu.

Dataran Niaga Kampung Manjoi lebih luas, selesa untuk peniaga, pengunjung
Peniaga, Mhd Safe’i Zaini, 64, ketika ditemui pada Majlis Perasmian Kampung Angkat Madani di Dataran Niaga Kampung Manjoi, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 FEBRUARI 2026.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Mhd Safe’i Zaini, 64, menjelaskan, kawasan meniaga kini lebih selesa berbanding sebelum ini dengan kadar sewa yang berpatutan.

“Sebelum ini kadar sewa hanya RM5 sehari. Ada sewa yang dikutip secara harian dan bulanan. Isteri saya juga ada meniaga sayur di pasar bawah dengan kadar sewa RM30,” ujarnya.

Tambahnya, selain kemudahan parkir tandas juga ada disediakan untuk kegunaan peniaga dan pengunjung.

Projek berkenaan dilaksanakan melalui peruntukan berjumlah RM500,000 yang disalurkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) menyediakan ruang perniagaan yang lebih selesa dan selamat kepada peniaga serta pengunjung.

Dataran niaga itu mampu memuatkan 28 ruang niaga dalam satu-satu masa dan secara tidak langsung dapat merancakkan aktiviti ekonomi di kampung tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kampung Angkat MADANI: Pembangunan Dataran Niaga Kampung Manjoi rancakkan ekonomi setempat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI