IPOH – Pembangunan infrastruktur dan naik taraf Dataran Niaga Kampung Manjoi memberi kesan positif kepada peniaga kerana keadaannya lebih tersusun dan selesa dengan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan harian.
Inisiatif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi proram Kampung Angkat MADANI itu dijangka merancakkan lagi ekonomi setempat dengan menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan tersebut. -MGPerak





