IPOH – Kemasukan penerbangan luar negara dijangka meningkat susulan permintaan pelancong antarabangsa yang semakin memberangsangkan termasuk destinasi popular di wilayah utara.
Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, Abdul Hadi Che Man berkata, peningkatan itu turut didorong pertambahan jadual penerbangan serta perkembangan sektor pelancongan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).
Menurutnya, situasi itu dapat dilihat jelas melalui peningkatan pergerakan penerbangan antarabangsa, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang kini semakin sesak dengan kehadiran pelancong. -MGPerak





