MGPerak: Resipi ‘Rahsia’ Bubur Lambuk Lebih Seabad Tarikan Masjid India Muslim Ipoh

66

IPOH – Resipi rahsia turun temurun yang diwarisi lebih 100 tahun terus menjadi tradisi dalam penyediaan bubur lambuk di Masjid India Muslim Ipoh yang cukup popular dalam kalangan masyarakat setempat pada setiap Ramadan.

Pengerusinya, Shaik Mujibur Rahman Mohd Yusoff berkata, tradisi itu bukan sahaja mengekalkan resipi asal pengasas masjid, malah mengekalkan konsep lama termasuk tidak menggalakkan penggunaan plastik sebaliknya mengalu-alukan orang ramai membawa bekas sendiri.

Menurutnya, pengagihan bubur lambuk itu mampu memberi manfaat kepada sekitar 700 hingga 800 orang setiap hari sepanjang Ramadan, tanpa mengira latar belakang kaum atau agama. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini