MGPerak: Naik Taraf Padang Stadium Perak Dijangka Siap September Depan

1

IPOH — Kerja menaik taraf padang bola sepak di Stadium Perak dijangka siap sekitar September ini susulan beberapa kelewatan melibatkan pematuhan spesifikasi teknikal serta faktor cuaca.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pelaksanaan projek perlu memenuhi semua spesifikasi ditetapkan, termasuk memastikan sistem perparitan berada dalam keadaan baik sebelum keseluruhan kerja dapat disiapkan sepenuhnya.

Menurutnya, jadual asal menetapkan kerja fizikal siap pada Januari sebelum rumput baharu memerlukan tempoh antara tiga hingga enam bulan untuk matang dan sesuai digunakan. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini