IPOH – Kerajaan Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM1,500 kepada 11,261 penjawat awam negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bantuan khas itu turut diberikan kepada Exco Kerajaan Negeri, Ex-Officio, semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, pegawai lantikan kontrak dan kakitangan di bawah Program Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP).
Katanya, insentif yang akan dibayar pada 16 Mac depan itu membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM16.89 juta. -MGPerak





