MGPerak: ‘Vibe’ Tenang, Suasana Meriah, BSAS Jadi Pilihan Lokasi Iftar

2

Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS) terus menjadi lokasi tumpuan pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk berkumpul dan berkelah secara santai bagi menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama.

Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak di padang sekitar kawasan itu mendapati, orang ramai mula berkumpul seawal jam 4 petang dan mengambil peluang cuti hujung minggu untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Orang ramai dilihat memenuhi kawasan padang sambil menghampar tikar, memasang kerusi dan meja ‘camping’, menyediakan hidangan berbuka dengan mewujudkan suasana penuh kemesraan dan semangat kebersamaan. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #BulatanSultanAzlanShah #IftarRamadan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini