MGPerak: Kerajaan Perak Umum ‘One Off’ RM50 Kepada Ibu Tunggal Buka I-Suri

121

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengumumkan caruman sekali beri (one off) berjumlah RM50 bagi membuka akaun Skim i-Suri dan i-Saraa kepada semua ibu tunggal yang tersenarai dalam data e-Kasih daripada kategori miskin dan miskin tegar.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, seramai 1,979 orang ibu tunggal layak menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan jumlah peruntukan berjumlah RM98,950.

Menurutnya lagi, pemberian berkenaan juga merupakan inisiatif Kerajaan Perak menghargai dan memberikan perlindungan sosial kepada wanita yang bergelar ibu tunggal. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini