Sultan Nazrin rasmi Masjid Jamek Kampung Jeram

KAMPAR – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Jamek Kampung Jeram, di sini, pada Isnin.

Keberangkatan tiba baginda pada sekitar jam 7.00 malam disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.

Sejurus keberangkatan tiba, Sultan Nazrin berkenan menyempurnakan upacara menanam anak pokok bunga tanjung sebagai simbolik perasmian masjid tersebut.

Baginda kemudian berkenan menyertai majlis bacaan tahlil dan doa selamat serta berbuka puasa bersama 350 orang yang hadir.

Sultan Nazrin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah di masjid berkenaan.

Masjid Jamek Kampung Jeram pada asalnya dibina pada tahun 1914 dengan menggunakan binaan kayu di kawasan Gunung Tunggal, Simpang Keboi, di sini.

Bangunan masjid yang bercirikan seni bina tradisional Melayu dengan bumbung piramid dua tingkat serta menara kecil itu kemudian dipindahkan ke tanah wakaf Kampung Jeram

Bagi menampung jumlah pertambahan jemaah, bangunan baharu Masjid Jamek Kampung Jeram kemudiannya dibina bersebelahan dengan bangunan lama pada tahun 1982.

Bangunan baharu yang mempunyai struktur konkrit moden dan ruang solat yang lebih luas itu turut diserikan dengan binaan kubah yang diinspirasikan daripada reka bentuk kubah Masjid Negara Kuala Lumpur.  – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa di Masjid Raja Muda Musa II

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI