MGPerak: ‘Saya Masih Puasa, Singgah Untuk Buang Air Kecil’

67

IPOH – ‘Saya hanya datang ke sini, untuk tengok-tengok dan berehat. Rokok dan puntung sudah ada di sini ketika saya datang’.

Itu antara alasan yang diberikan seorang lelaki selepas disyaki tidak berpuasa dan merokok ketika Ops Ponteng Puasa ke atas sebuah pusat snuker di Jalan Raja Ekram, Taman Jubilee, di sini, pada Selasa.

Operasi yang berlangsung kira-kira sejam itu dilaksanakan secara bersepadu oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersempena bulan Ramadan. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini