IPOH – Penjawat awam antara lapan individu dicekup selepas disyaki tidak menghormati bulan Ramadan kerana tidak berpuasa dan terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah pusat snuker di Jalan Raja Ekram, Taman Jubilee, di sini, pada Selasa.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Asyraf Ismail berkata, tangkapan dan serbuan itu hasil intipan yang dijalankan pihaknya selama kira-kira seminggu.
Katanya, hasil operasi mendapati kesemua mereka yang berusia antara 36 hingga 59 tahun itu disyaki telah makan, minum serta merokok dalam premis tersebut. -MGPerak





