IPOH – Kerajaan Negeri Perak menghargai peranan pengamal media sebagai rakan strategik penting dalam memastikan maklumat mengenai dasar serta inisiatif pembangunan dapat disampaikan secara tepat dan menyeluruh kepada masyarakat.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, media berperanan sebagai mata dan telinga masyarakat dalam menyalurkan maklumat sahih berkaitan program kerajaan negeri. -MGPerak





