Masjid-masjid di Perak akan menjadi pusat pelaksanaan program berkaitan kelestarian alam sekitar, pendidikan kesihatan dan keselamatan makanan bertujuan mengimarahkan institusi itu serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, ia susulan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin semasa perlantikan ahli-ahli majlis MAIPk bagi penggal 2026-2027 baru-baru ini.
Menurutnya, sebelum ini Sultan Nazrin menekankan tiga perkara utama dalam usaha memacu pembangunan masjid di Perak. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #MasjidPerak #PusatAktivitiKelestarianAlamSekitar





