MGPerak: Ops Pantau: Ada Peniaga Tidak Pamer Harga Untuk Dimanipulasi

12

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak terus meningkatkan penguatkuasaan harga barangan keperluan asas di lokasi tumpuan seluruh negeri sepanjang Ramadan dan menjelang perayaan Aidilfitri.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail, setakat ini sebanyak 9,253 premis telah diperiksa dengan nilai kompaun RM36,700 bagi 130 kesalahan menerusi Ops Pantau yang dilaksanakan bermula 19 Februari lalu sehingga semalam.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 109 kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu tidak meletakkan tanda harga dan 21 kes lagi di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 iaitu alat timbang sukat tiada sijil atau pelekat serta pelekat yang telah tamat tempoh. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini