DUN Perak lulus Belanjawan 2024 berjumlah RM1.35 bilion

IPOH – Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, sebulat suara meluluskan Belanjawan Perak 2024 yang memperuntukkan RM1.35 billion pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini pada Khamis.

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 yang tertinggi dalam sejarah itu dibahaskan selama dua hari bermula 4 Disember melibatkan 43 wakil rakyat dengan 19 daripadanya blok kerajaan dan 24 pembangkang.

Mengekalkan tema sama seperti 2023, ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’, Belanjawan Perak 2024 dibentang oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, pada Jumaat lalu.

Belanjawan yang merangkumi lima fokus utama iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan, kelestarian alam sekitar, keterjaminan bekalan makanan serta pembangunan modal insan dan belia itu di sokong 53 ADUN yang hadir pada sesi penggulungan pada Khamis.

Saarani yang juga ADUN Kota Tampan pada sesi pengulungan turut mengumumkan kutipan hasil dan terimaan pembangunan kerajaan meningkat kepada RM1.094 bilion setakat 7 Disember 2023.

“Jika pada pembentangan belanjawan minggu lalu saya memaklumkan kutipan hasil dan terimaan pembangunan kerajaan setakat 25 November 2023 adalah berjumlah RM1.05 bilion, angka itu dilaporkan sudah meningkat menjadi RM1.094 bilion setakat 7 Disember 2023.

“Ia melibatkan pertambahan kira-kira RM44 juta dalam tempoh 12 hari dan jumlah ini bersamaan 96.5 peratus lebih tinggi berbanding sasaran tahun semasa. Alhamdulillah,” katanya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sesi penggulungan Belanjawan Perak 2024 pada Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 DISEMBER 2023.

Dalam perkembangan sama Saarani turut berkata, kerajaan negeri sentiasa memandang serius berkenaan isu peningkatan kadar inflasi dan kenaikan harga barang, serta impaknya kepada rakyat.

Beliau berkata, seperti yang disebutnya dalam Belanjawan Perak 2024, kerajaan negeri berusaha sedaya upaya untuk memastikan belanjawan 2024 bersifat responsif terhadap situasi ketidaktentuan ekonomi termasuk senario peningkatan kos sara hidup yang saban hari menekan kehidupan rakyat.

“Selain menaikkan kadar semasa bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada RM300 kepada RM400, jumlah bantuan Kad Perak Sejahtera yang sebelum ini sudah dinaikkan daripada RM80 kepada RM90, ditingkatkan lagi menjadi RM100.

“Begitu juga komitmen kerajaan negeri untuk meneruskan inisiatif kedai bergerak dengan peruntukan RM820,000 bagi memastikan rakyat yang kurang berkemampuan termasuk di kawasan luar bandar dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang lebih murah,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut meneruskan bantuan program bantuan kotak makanan yang menyasarkan bantuan keperluan makanan kepada golongan B40, miskin, miskin tegar dan mangsa bencana di seluruh Perak dengan peruntukan RM5 juta.

Menerusi Belanjawan Perak 2024 kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1.35 bilion melibatkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM856 juta dan pembangunan RM491 juta. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024 RM1.35 bilion tertinggi dalam sejarah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI