Op Selamat 26: 49 hotspot, 29 blackspot dikenal pasti di Perak

GOPENG – Polis Perak menggerakkan 255 anggota serta pegawai bagi memantau 48 lokasi ‘hotspot’ dan 29 lokasi ‘blackspot’ di seluruh negeri sepanjang pelaksanaan Op Selamat 26 sempena musim perayaan Aidilftri ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, operasi itu dilaksanakan menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak bermula Khamis ini hingga 24 Mac depan.

Menurutnya, Op Lancar turut dilaksanakan bagi mengawal kesesakan utama di negeri melibatkan dua fasa iaitu pertama bermula esok hingga 20 Mac dan fasa kedua bermula daripada 27 hingga 29 Mac.

“Kita jangka peningkatan aliran trafik antara 18 hingga 20 Mac ini, iaitu bermula Rabu hingga Jumaat, dengan pertambahan sehingga 30 peratus berbanding hari biasa.

“Bagi kenderaan barangan, larangan pemanduan sempena Hari Raya Aidilfitri akan dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu pada 19 hingga 20 Mac sebelum sambutan, serta 28 hingga 29 Mac selepas perayaan, khusus melibatkan kenderaan berat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Op Selamat 26 sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 Peringkat Negeri Perak, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Noor Hisam memaklumkan untuk rekod Op Selamat 24 sebanyak 960 kemalangan direkodkan di negeri Perak termasuk 10 kes kemalangan maut.

Op Selamat 26: 49 hotspot, 29 blackspot dikenal pasti di Perak
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin melancarkan Op Selamat 26 Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF 17 MARCH 2026.

“Sehubungan itu, bagi Ops Selamat 26, fokus utama adalah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya sebanyak lima peratus.

“Selain itu, penekanan turut diberikan kepada keselamatan pengguna jalan raya menerusi penguatkuasaan saman terhadap enam kesalahan utama.

“Kesalahan tersebut adalah memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat serta menggunakan alat komunikasi ketika memandu,” ujarnya.

Katanya, operasi kali ini akan menggunakan pendekatan proactive services iaitu tindakan awal pencegahan, serta total enforcement yang merangkumi penguatkuasaan secara menyeluruh bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai turut diseru agar merancang perjalanan dengan baik, mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan serta sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Selain itu, pengguna jalan raya juga diharap dapat memandu dengan berhemah, bertimbang rasa dan penuh kesabaran demi keselamatan semua pihak,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

JPJ Perak keluarkan 5,136 notis sepanjang Ops Khas Tahun Baharu Cina

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI