Polis Perak menggerakkan 255 anggota serta pegawai bagi memantau 48 lokasi ‘hotspot’ dan 29 lokasi ‘blackspot’ di seluruh negeri sepanjang pelaksanaan Op Selamat 26 sempena musim perayaan Aidilftri ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, operasi itu dilaksanakan menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak bermula Khamis ini hingga 24 Mac depan.
Menurutnya, Op Lancar turut dilaksanakan bagi mengawal kesesakan utama di negeri melibatkan dua fasa iaitu pertama bermula esok hingga 20 Mac dan fasa kedua bermula daripada 27 hingga 29 Mac. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #OpSelamat26





