Trafik arah utara sesak, pengguna rebut peluang diskaun tol Raya

IPOH – Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) terutamanya ke arah utara dilaporkan mula sesak susulan peningkatan pergerakan kenderaan menjelang sambutan Aidilfitri.

Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak berhampiran Plaza Tol Ipoh Utara mendapati aliran trafik ke arah utara lebih perlahan berbanding laluan ke selatan, dipercayai akibat pertambahan jumlah pengguna jalan raya yang pulang ke kampung.

Keadaan ini turut dilihat berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, yang mencatatkan peningkatan kenderaan, walaupun masih dalam keadaan terkawal.

Trafik arah utara sesak, pengguna rebut peluang diskaun tol Raya
Keadaan aliran trafik Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, Ipoh lancar ketika tinjauan MalaysiaGazette (MG) Perak berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut umat Islam pada 21 Mac ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 MAC 2026.

Situasi tersebut dijangka berpunca daripada pengumuman kerajaan mengenai pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus kepada semua kenderaan persendirian (Kelas 1) di seluruh negara sempena Aidilfitri 2026.

Inisiatif yang berlangsung selama dua hari bermula 18 Mac, jam 12.01 pagi hingga 19 Mac, 11.59 malam itu bertujuan mengurangkan kos perjalanan rakyat, sekali gus menggalakkan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan dengan baik dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kesesakan lebih teruk. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Peniaga Pasar Besar Ipoh buat persiapan awal, elak ‘raya mengejut’

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI