IPOH – Situasi tarikh Hari Raya Aidilfitri yang menjadi teka-teki masyarakat Islam di Malaysia sebelum ini telah menggamit lonjakan jualan lemang di sekitar bandar raya ini sejak beberapa hari lalu, dan kemuncaknya pada Khamis.
Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak di deretan gerai lemang di persimpangan Jalan Jelapang – Taman Meru 2C, di sini, mendapati, rata-rata peniaga menerima peningkatan pelanggan secara mendadak sekali gus lemang laris dan hampir habis terjual. -MGPerak





