MGPerak: Penduduk Lenggong Tarik Nafas Lega, Bas Henti-Henti Kembali Beroperasi

98

LENGGONG – Penduduk di sekitar Lenggong menarik nafas lega apabila perkhidmatan bas henti-henti bagi laluan Kuala Kangsar–Lenggong–Gerik kembali beroperasi semula pada hari ini sekali gus memudahkan pergerakan harian masyarakat setempat.

Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak di Terminal Bas Lenggong mendapati perkhidmatan itu kembali digunakan oleh penduduk membuktikan kepentingan pengangkutan awam dalam menyokong mobiliti masyarakat luar bandar.

Perkhidmatan itu secara tidak langsung membantu warga emas, pelajar sekolah serta golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk menjalankan urusan harian seperti ke tempat kerja, mendapatkan rawatan dan ke sekolah. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini